Backgrounds
Backgrounds

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN

Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini. Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam. Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.






Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi. Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini. Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Antara bukti2 yg dapat ditunjukkan seperti berikut:---->


 4 biji telur bdiri sbb bersemangat menyambut kedatangan tuan gerhana bulan.. menurut tuan gerhana bulan, kedatangan beliau membuatkan benda hidup akan menjadi ringan akibat tarikan graviti beliau yg menarik cecair dr bumi.. secara teori kuning telur yg berat akan berada betul2 d bhgian bottom telur, cecair lain tertumpu bhgian atas dan cuma perlu cari titik pusat kstabilan telur.

Wednesday, November 30, 2011

Habis da!!

Wah best nya nak gtau kat korg yg boboi da ais belajaq da...tp bru abis dip la...2 pon sengsara gak ar nak abiskan...yg pling sengsara bila sem last2...ngan fyp la..tp alhamdulillah finish gak...sekarang masa untuk cuti!!!( org len da lama cuti da..)..hahahaahaha......ok nie xtau la bila lg bley nak updates blog lg coz adik ckp kat umah da xde internet coz modem terbakar...warghhhh!!!!xbest nye..tp apa nak buat...ok bye2 uolls semua....

Friday, November 25, 2011

Leamonade Mouth!

Salam kepada semua pembaca blog boboi nie...



hari nie boboi nak kongsi satu cerita yg boboi tgk td (kol 11pg). cerita pasal tajuk diatas. "Leamonade Mouth" yang dijadikan tajuk untuk satu cerita musical film berdasarkan buku nama sama dengan Mark Peter Hughes. Filem ini diarahkan oleh Patricia Riggin dan ditulis oleh Blair, April, dan bintang Bridgit Mendler, Adam Hicks, Hayley Kiyoko, Noami Scott dan Blake Michael. cerita ini mengisahkan lima orang pelajar yang ditahanan dan membentuk satu band music untuk diorg berdiri kerana kepercayaan mereka dan untuk mengatasi perjuangan mereka dan collective struggles.


xnk crita pnjang2. nak bley download sndri n tengok sendri..bru best ada fight...hahaha..nak tunjukkan kat korg karakter/pelakon dia...


Olivia White(Bridgit Mendler)


Wendell "Wen" (Adam Hicks)





Stella Yamaha (Hayley Kiyoko)


Mohini "Mo" (Naomi Scott)

Charlie (Black Michael)


hah nie la semua watak yang ada kat dlam cter 2...yg pling boboi suka Hayley Kiyoko...

ZAMAN DOLU-DOLU...

budak2 yg lahir pd thn 80/90an, mesti ingat mase skola rendah dulu: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
* pakai... pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
... * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih ^_^

arghhhh!!!!!!!

geram nye boboi..orang len da bley enjoy kat umah boboi lak tersangkut kat unikl msi nie...ngan fyp lg...kena la represented fyp balik...apa la panel nie...xyah bnyak komen la...klau nak ckp bnyak lg projek yg xcukup syarat nye tp kenapa projek kami gak yg kena???apa pasal diorang nye projek xkena???arghhhhh!!!gigit kamu panel!

sepatutnya da bley balek 25 nov tp panel plak xfree..yg free nye ari rabu bersamaan 30 Nov. lama 2 nak tggu..nie da la duet da xde nie.nak mkn megi pon xde..mkan la nasi bujang + nasi lebih..2 je yg mampu...

tp yg risau sampai sekarang bukan la fyp tp intra..mmber len da dpt pngilan dri syarikat2 yg diorang mnx tp ak??still xde jawapan lg..da bnyak da ak mnx tp xkan xde kot...hurmmmm...sabar je la...terasa lama giler kn boboi xupdates blog nie..bukan ap cuma malas + bz ngan final ngan fyp..hidup nie skrung x mcm dulu da..klau dulu siang berjaga malam tido tp boboi lak malam berjaga siang tido..warghhh!ap suda jd ni???

hurmmm..apa boleh buat,,sabar je la...

Monday, October 24, 2011

JANGAN SEKSA SAHABAT KITA....




apa yang SEKSA? inilah dilema kepada blogger yg jarang2 dihadapi dan kita sedari. dalam kita ngah mengejar glamoures dan kepuasan kepada diri kita bahwa kita xsedar yg kita ngah bg diorang terseksa. mybe sahabat kita..

Sedarkah wahai sahabat, dalam negara kita terlalu ramai pengguna internet? kita pula saban hari menhidangkan mereka dengan pelbagai info yg menarik, info yg up to dates setiap hari agar mereka tidak ketinggalan, dan pada masa dalam menghidangkan info kita suke menambah lauk pauk lg agak cerita itu nampak lebih menarik,,,TAPI,,,,, kita lupa yg kita sedang MENYEKSA mereka...

kamu semua rasa siapa yg kena SEKSA?
mereka adalh pengguna broadband atau nama manja "bb" yg ada limit acsess/ month....pengguna dial up,,,pengguna Wifi free,,,nak tau kenapa kita menyeksa? kita menyeksa mereka dengan Blog yang BERAT TAK HINGGAT!!!! penuh ngan mcm2 anime2, or cute icon, atau dlm bhasa kasarnye sampah sarap (bukan sampah sarap sngt pon)....

owh...KASIHANI la mereka...kita sebagai pengguna blog bertanggungjawab melaksanakan amanah ini. janganlah hanya ingin mengejar keglamoursan kita menyeksa mereka...jadi ingatlah wahai sahabat2 ku...xperlu la widget2 yg boleh menyerabutkan kepala urat otak kita nie,,,xperlu la banner2 yang sebesar kepal lutut korg tu...yang membuatkan ia menjadi lambat untuk loading..dan klau nak pasang lagu xyah la bukak speker sebesar-besar alam smpai ke planet pluto pon bley dgr...biar SIMPLE asal BERGAYA.....
kasihanilah mereka...

Saturday, October 22, 2011

IRAMA KINABALU JADI ACARA ANTARABANGSA

salam kepada semua pembaca...


hari nie boboi nak cerita kan ap yg boboi baca disurat khabar kosmo online. yg jadi perhatian boboi adalah tajuk diatas. kenapa? sebabnya boboi telah dilahirkan di Negeri Sabah Dibawah Bayu.


irama kinabalu adalah satu irama yg dinyanyikan oleh pelbagai suku kaum disabah samaada kaum kadazan dusun, murut n pelbagai lg. dan disabah juga ada sebanyak 30 kaum dan sebanyak 50 bahasa dan 80 dialek yang ada di sabah.


bak kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, irama kinabalu ini akan diadakan untuk dijadikan acara bertaraf antarabangsa. Tujuan nya untuk menaikan prestasi or produk untuk pelancongan baru yg dihasilkan melalui muzik di kaki Gunung Kinabalu.


tempat kelahiran ku. aku bangga dengan mu




klik di sini untuk pengetahuan lebih lanjut

signature

fOlLoWeR aRe KiNg's AnD qUeEn