Backgrounds
Backgrounds

Thursday, June 30, 2011

BESOK QUIZ!!

warghhhhh!!!besok quiz tergempar la...cm ne ni ak tkot la..ntah la boleh jawab ke tak ni..chapter yg masok chapter 4,5,6,7,8..gler banyak!!da la bab electrik ak xpaham langsung..arghhhh!!!kenapa la ak ni..malaz gler ak nak stdy..time nak stdy je ngantok la, nak maen fixie la, nak main saidina la, apa la, mcm2..hurm..YA ALLAH bantu la hamba mu ini untuk menghabiskan short sem yg tngal lagi 2 minggu lg ni...AMIN..



p/s:ak nak sambung stdy dlu..
insan yang cemerlang datang nye dari hati yang bersih,jiwa yg suci dan minda yang cergas...hahaha



Wednesday, June 29, 2011

MALAYSIA vs TAIWAN

AS SALAM



ak baru je habis tgk perlawanan bola sepak MALAYSIA lawan TAIWAN td..permainan malaysia agak cantek la td..n agak stretegik..keputusan td 2-1..gawang gol malaysia td diboloskn oleh pemain taiwan pd mnit ke 68 xsilap la dengan mudah..(asal ayt da cm pengacara bola hasbidullah awng ni??)hahaha..dan pemain malysia nmpak agk keletihan pada minit2 akhir..tetapi gol keeper asal iaitu khairul fahmi che mat tdk diturunkan mybe alasan untuk rehatkn untuk perlawanan menentang ARSENAL pd 13/7 ni..

GAMBAR:DARI GOOGLE http://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&biw=1366&bih=643&q=malaysia+lawan+taiwan&gbv=2&oq=malaysia+lawan+taiwan&aq=f&aqi=&aql=un

Tuesday, June 28, 2011

MARA oh MARA

wah!!!!kenapa duet xmsok lg ni..ak da kekeringan poket da ni..xkan la hari2 ak nak makan nasi bujang je..nak gak ak mkn nasi ad lauk ayam ke ikan ke ketam ke..pas2 minum air yg berperisa..asyik2 ak minum air kosong je..cepat la masok!!!!

ZINNIRRAH-GADIS BUTA TAPI HATI CELIK...




AS SALAM
ak terpikir n terbaca satu kisah yg bernama zinnirah..ak mmg puji n tabik n kagum ngan dia,,,klau bley ak nk cri bini macam zinnirah ni,,ak nk kongsi ckit dekat kamu semua...


Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam. 

Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh. Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.


Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.


Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ




Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnyaZaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surahal Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestinkini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Baratmasjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti diMadinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam ,Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntahadan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.


PELBAGAI PERISTIWA YG BERLAKU BOLEH DILIHAT
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.


Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

BANTAHAN ORANG QURAISY

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

PERSELISIHAN TENTANG TARIKH ISRAK MIKRAJ

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Isra_dan_Mi'raj)

Sunday, June 26, 2011

buhsan nye cter KARAK!!!


SIPNOSIS


Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.


Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

SELEPAS MENONTON

hahahaha..hntu mkn owg ke???hahahaha..cter dr awl lg da klakar..tp filem nie seram...tp ak xnmpak kt mne seram nye 2...pas2 klau nkckp sal CDI kumpulan KRU wat bley la...pepon cter nie nmpak gak mmbe ak mnjerit...ak jd seram coz dia mnjerit kt sebelah tlinga ak...
tp pepehal KRU da besh!!!




Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Saturday, June 25, 2011

ahhhh!!!leganya ototku ini!!!

kenapa ak ckp lega??hahaha..arie nie stelah 2minggu lebih ak kembali semula beraksi di tapak badminton atau dikenali sbagai court badmnton..fuhh!!sangt seronok kerana kalu dulu ak maen ad la pemain handalan yg nmanya dato huzaifah..tp skunk dia da xde..bkn da mati tp dia kmbali ke pangkuan keluarga nya..hehe.dan td ak bru je penat berpeluh bermain bdmnton bersama 2 org ahli bru..sowg nma eddy(zaidi) dan sowg lg prabu(nma cm nasi kerabu je)hahaha..just kidding.


walapupon ak tidak bermain sngt tp cukup la ak boley kuarkan peluh 2baldi kot..hehe..ak nie mmg kuat berpeluh..n ak dpt nmpak ad muka yg tidak berpuas hati sepeti mmbe akyg ad kt sebelah nie...nma dia fierdaus..nma panggilan panghulu or pangkahulu..knapa dia kne pnggl panghulu??sebb mse kami orientasi di u n mse 2 plak ad perlantikan spe nk jd panghulu sekalian msi..so ak nmpak punya la dia excited nk jd n perangai dia cm nk rmpas dri owg len..hahaha jgn mrah..tuptaptuptap smpai la la nie nma dia lekat jd panghulu...

tp ak sbenarnya bukan nk crita pasai dia tp ak crita kan yg ak seonok sngt mlm nie...ak seronok sbb ak dpt bermain semula n ak seronok panghulu ngan prabu men panghulu tension..hahahaha..pas2 ble ak maen ngan panghulu ak lak yg kne...nk lpaskn kt owg lak...f@#$%..huhu..smpai dic2 je la ak nk cter..salam...

Friday, June 24, 2011

siapakah juara MAHARAJA LAWAK??


SIAPA yang bakal bergelar juara sulung Maharaja Lawak dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000? Persoalan itu akan terjawab malam ini apabila semua empat finalis melakukan persembahan terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam.




Berdasarkan undian yang diterima pada semua 11 minggu terdahulu, kumpulan Jozan yang dibarisi Johan dan Zizan dijangka memiliki kelebihan untuk bergelar juara.

Jozan sering menerima undian tertinggi termasuklah pada pusingan separuh akhir di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru minggu lepas. Finalis Raja Lawak musim pertama itu menerima 61 markah menandingi empat lagi pesaingnya iaitu Sepah (56), Nabil (55), Jambu (49) dan R2 (35).

Begitupun, kehebatan Sepah yang begitu konsisten dalam setiap persembahan juga tidak boleh diperkecilkan. Gandingan Mamat, Shuib dan Jep dilihat begitu mantap sehingga sering dilabel sebagai ‘Bujang Lapok Moden’ oleh juri tetap, Saiful Apek.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Johor lalu, Sepah menerima tepukan paling gemuruh terutama pada persembahan kedua dengan dibantu artis jemputan, Yasin Senario.

Namun bagi juara Raja Lawak musim ketiga itu, persembahan terbaik yang diberikan bukan untuk diiktiraf sebaliknya sebagai tanda penghargaan untuk semua peminat.

“Setiap minggu kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik tetapi kami tidak pernah fikir untuk sampai ke peringkat akhir.

“Kami rasa bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik sebagai tanda penghargaan untuk semua peminat yang tidak putus-putus menyokong kami semalam ini,” kata Shuib.

Sementara itu, seorang lagi finalis, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil turut mempunyai peluang untuk bergelar juara.

Satu-satunya peserta solo yang beraksi pada peringkat akhir, Nabil masih mampu untuk memberikan persembahan menarik sama seperti peserta berkumpulan lain.

Pada peringkat separuh akhir, Nabil menerima komen positif daripada juri tetap, Ahmad Idham yang menganggap ia sebagai persembahan terbaik Nabil sepanjang 11 minggu penyiaran Maharaja Lawak.

Finalis terakhir, Jambu pula bagai diberi peluang kedua selepas diumumkan tersingkir bersama-sama R2 pada peringkat separuh akhir lalu.

Pihak juri akhirnya memutuskan untuk menggunakan imuniti terhadap gandingan Yus dan Taukeh bagi membolehkan mereka beraksi pada peringkat akhir.

Menurut Ahmad Idham, mereka memilih Jambu berdasarkan persembahan mereka sebelum pusingan separuh akhir yang dianggap hebat sehingga pernah menduduki tangga teratas.

“Tambahan pula, secara peribadi saya tidak gemar jika hanya ada tiga peserta sahaja yang bertanding pada pusingan akhir.

“Saingan akan jadi kurang kompetitif dan peserta akan lebih santai kerana mereka akan tetap menerima hadiah meskipun berada di tempat terakhir.

“Namun jika ada empat finalis, sudah pasti mereka akan melakukan persembahan yang lebih menarik untuk menjadi juara atau sekurang-kurangnya merebut tiga kedudukan terbaik,” katanya.

Juara Maharaja Lawak akan ditentukan melalui 50 peratus markah yang diberikan oleh juri dan 50 peratus lagi menerusi undian penonton.

seperti yg ak sangkakan...

sHorT sEm Yg mmBuHsaNkaN!!!!

arrrgggghhhhhhhhhh!!!!mybe i2 la yg dpt ku luahkn kat kowg sume..bermula dgn excited siap ckp kat mmbe s2 kmpung.."wei polan ak xblik cuti sem nie coz ak ad wt short sem.lgpon dok umah bkn bley wt pe sngt.." perghh!! ayt nk gempak je kn...tp kesudahan nya ble mmbe tnye blik "wei tulan cm ne dok hostel wt short sem??best x?" so ak pon mnjawab dgn nada penoh kekesalan gak lar.."'best la sngt'..ak ase cm nk gila pon ad dok kt cnie hahahahahaha(buat2 gelak)". kehidupan di kampus tyme cuti sem nie sbenr nya agak membuhsan kn..dlm laptop ak ad nk dkt 600 muvi n ak siap da khatam semua muvi ak..siap semua muvi ak 2 ak da bley hafal jln cter dia la...

SHORT SEM atau dikenali sbgai semester pendek, adlah dimana bebudk yg repeated paper or yg nk kurangkn tekanan belajar di sem hdpn or yg x amik subject lg. tp bg ak yg amik short sem nie coz ak repeat paper yg pling ak x suka sbnar nya tp terpaksa amik..subject 2 adalah engineering science 2..short name dia ES2..subject physic dlm bhase baku nye la..dri dlu ak xsuke subject nie..so ak ngat ak amik kos mechanical design nie bley la elak dri blajar subject2 yg seumpama dgn i2...tp ternyata ak silap gak ar coz ak nye kos nie ak kne tau semua...bk n stkat design saje yg ak kne stdy tp ak kne gak stdy sal physic,kimia,electrik,hydraulik, welding n seumpama ngan 2 la...glerrrr!!!!


sekarang ak dlm kebosanan..ap lg yg perlu ak buat???anybody please help me wht im going to do right now!!!ak duduk kt cnie da ase cm nk mati..bkn mati sbb xmkn tp mati kebuhsanan..sbut psal mkn ak kt cnie da cm owg bujang da...(hakikat mmg ak bujang pon)hehehehe...sbb pa???MARA nie kedekut...adkah bg ktowg rm535??klau unikl len ley lak bg rm6xx..ap la yg nk di kassta kan...huh..

klau nk ckp bosan g la bersukan..ak bersukan gak..tp mlm la.men badminton..tp sjak mmbe ku yg bernama huzaifah 2 blik umah ak da jd cm ne/..sanggap nk men da coz dia da xde..huh..ak xtau da nak men ap lg..nk men bola??mmg xlacoz ak pernah excident so lutut ak da xbrape nk ok da...xnk lak ak amik risiko..





so skung ak hanya la bermain permainan yg dlu nye di mainkan oleh kanak2..tp bg kami permainan nie da jd kebiasaan dan bg kami yg bosan 2 la jd menarik..game 2 diberi nama SAIDINA and JUTARIA..boley la wlaupon xpernah mng tp klau nk klah 2 hmpir2 nk abis la...kre ley berthan gak ar...



cm 2 la crita nya..so ak nk lyn facebok skunk da jd smkin buhsan..ak pernah bce s2 kajian dr sorang doktor ntah dri mna n nma dia pon ak xtau..dia ckap facebook nie s2 mse nnty akn menjadi sunyi n lonely like frenster,myspace n seumpama dgn nye..mybe skung rmai da sdar akn kebuhsanan muka buku atau facebook nie..n mybe xlma lg facebook akn jd cm seangkatan dgn nye...

so mybe smpai cnie la ak tulis coz mata ak da nk lolap da nie...
bye..hepy2 slalu...
gud nyte...

aisHiterU-zivilia band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

saat ku harus bersabar dan trus bersabar

menantikan kehadiran dirimu

entah sampai kapan aku harus menunggu

sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani

hidup dalam kesendirian sepi tanpamu

kadang kuberpikir cari penggantimu

saat kau jauh disana

ooo…

*)

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga

entah penantianku takkan sia-sia

dan berikan satu jawaban pasti

entah sampai kapan aku harus bertahan

saat kau jauh disana rasa cemburu

merasuk kedalam pikiranku melayang

tak tentu arah tentang dirimu

apakah sama yang kau rasakan

reff:

walau raga kita terpisah jauh

namun hati kita selalu dekat

bila kau rindu pejamkan matamu

dan rasakan a a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh

terhapus ruang dan waktu

percayakan kesetiaan ini

akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:

hapus sendiri pikiran melayang terbang

perasaan resah gelisah

jalani kenyataan hidup tanpa gairah

o…uo..

banyak segala misi dan ambisimu

akhiri semuanya cukup sampai disini

dan buktikan pengorbanan cintamu untukku

kumohon kau kembali

kembali ke *)



Lirik Lagu Zhifilia – Menunggu (Aishiteru) dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Terbaru

kEmEnGaN mAlAySiA mEnGaLaHkAn LuBnAn!!!

MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”

kamen rider ooo

Kamen Rider OOO (仮面ライダーオーズ/OOO Kamen Raidā Ōzu?) is the twelfth series in the Heisei period run of the Kamen Rider Series, and the twenty-first overall. It began airing on September 5, 2010, the week following the conclusion of Kamen Rider W,[1] joining Tensou Sentai Goseiger and then Kaizoku Sentai Gokaiger in the Super Hero Time lineup. The series' titular Kamen Rider made a cameo appearance in the film Kamen Rider W Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate. The catchphrase for the series is "I'll transform!!!" (俺が変身する!!! Ore ga henshin suru!!!?).

THE STORY
Eiji Hino is a traveling man who has no place to call home and a tragic past. When coin-based homonculi known as the Greeed awaken after their 800-year slumber to attack humans and feed off of their desires, the disembodied arm of the Greeed named Ankh gives Eiji a belt and three Medals to fight the other Greeed as Kamen Rider OOO. The mysterious Kougami Foundation approaches Eiji and begins assisting him in his fight against the Greeed, though their true motives are not clear. As Eiji fights the Greeed and their Yummy monsters, learning more of the Greeed and Ankh, he starts to find a purpose beyond his journeys.[1]


CAST
Eiji Hino (火野 映司 Hino Eiji?): Shu Watanabe (渡部 秀 Watanabe Shū?)[12]
Ankh/Shingo Izumi (アンク/泉 信吾 Anku/Izumi Shingo?): Ryosuke Miura (三浦 涼介 Miura Ryōsuke?)
Hina Izumi (泉 比奈 Izumi Hina?): Riho Takada (高田 里穂 Takada Riho?)
Shintaro Goto (後藤 慎太郎 Gotō Shintarō?): Asaya Kimijima (君嶋 麻耶 Kimijima Asaya?)
Erika Satonaka (里中 エリカ Satonaka Erika?): Mayuko Arisue (有末 麻祐子 Arisue Mayuko?)
Chiyoko Shiraishi (白石 千世子 Shiraishi Chiyoko?): Marie Kai (甲斐 まり恵 Kai Marie?)
Kousei Kougami (鴻上 光生 Kōgami Kōsei?): Takashi Ukaji (宇梶 剛士 Ukaji Takashi?)
Kiyoto Maki (真木 清人 Maki Kiyoto?): Yu Kamio (神尾 佑 Kamio Yū?)[13]
Akira Date (伊達 明 Date Akira?): Hiroaki Iwanaga (岩永 洋昭 Iwanaga Hiroaki?)
Uva (ウヴァ?): Yūsuke Yamada (山田 悠介 Yamada Yūsuke?)[14]
Kazari (カザリ?): Taito Hashimoto (橋本 汰斗 Hashimoto Taito?)[14]
Gamel (ガメル Gameru?): Hiroyuki Matsumoto (松本 博之 Matsumoto Hiroyuki?)[14]
Mezool (メズール Mezūru?, Voice): Yukana (ゆかな?)[14]
Mezool (Human Form) (メズール(人間形態) Mezūru (Ningen Keitai)?): Honoka Miki (未来 穂香 Miki Honoka?)
Ankh (Lost) (アンク(ロスト) Anku (Rosuto)?, Voice): Miyu Irino (入野 自由 Irino Miyu?)
Ankh (Lost) (Human Form) (アンク(ロスト)(人間形態) Anku (Rosuto) (Ningen Keitai)?): Hikari Tobita (飛田 光里 Tobita Hikari?).
O Scanner Voice, Medagabryu Voice (オースキャナー音声、メダガブリュー音声 Ōsukyanā Onsei, Medagaburyū Onsei?): Akira Kushida (串田 アキラ Kushida Akira?)
Narration, Birth Driver Voice, Birth Buster Voice (ナレーション、バースドライバー音声、バースバスター音声 Narēshon, Bāsu Doraibā Onsei, Bāsu Basutā Onsei?): Jōji Nakata (中田 譲治 Nakata Jōji?)


signature

fOlLoWeR aRe KiNg's AnD qUeEn