Backgrounds
Backgrounds

Friday, December 23, 2011

Tahniah!!

Tahniah kepada semua pelajar PMR tahun nie yg mndapat keputusan yg cermerlang, gemilang, dan terbilang...kepada mereka yg tidak mendapat keputusan yg memberangsngkan xpe2,,troskan usha anda kerana anda masih ada lg iaitu SPM...

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN

Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini. Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam. Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit. Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.






Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi. Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini. Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Antara bukti2 yg dapat ditunjukkan seperti berikut:---->


 4 biji telur bdiri sbb bersemangat menyambut kedatangan tuan gerhana bulan.. menurut tuan gerhana bulan, kedatangan beliau membuatkan benda hidup akan menjadi ringan akibat tarikan graviti beliau yg menarik cecair dr bumi.. secara teori kuning telur yg berat akan berada betul2 d bhgian bottom telur, cecair lain tertumpu bhgian atas dan cuma perlu cari titik pusat kstabilan telur.

signature

fOlLoWeR aRe KiNg's AnD qUeEn