Colt M16 adalah raifal tempur yang dikeluarkan oleh firma Colt Firearms, Amarika Syarikat yang digunakan sebelumnya. Raifal ini digunakan sebagai senjata tempur utama oleh infantri Amerika pada tahun 1967. M16 juga turut digunakan oleh 15 negara NATO dan lain-lain negara kecuali Russia dan negara-negara blok komunis. yang menggunakan peluru berkaliber 5.56 x 45 mm NATO bagi menggantikan raifal.
M16 merupakan raifal tempur yang ringan, menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm, menggunakan sistem penyejukan udara atau air-cooled, beroperasi dengan sistem gas, menggunakan kelopak berkapasiti 30 butir, dan menggunakan bolt berputar. M16 ini diperbuat daripada logam yang terkenal iaitu Krom Molibdenumvanadium, alumunium, dan plastik polimer
Terdapat lima versi utama bagi senjata M16, yang terdiri daripada M16, yang kemudiannya diikuti oleh M16A1, yang menggunakan peluru M193/M196. M16 versi ini boleh menembak dengan tembakan separa automatik ataupun semburan sepenuhnya. Versi kedua adalah M16A2, yang diperkenalkan disekitar tahun 1980. M16A2 menggunakan peluru M855/M856 yang direkabentuk oleh Belgium (dan kemudiannya dijadikan peluru standard 5.56 x 45 mm NATO). M16A2 mampu menembak separa automatik dan semburan tiga butir. Versi ketiga ialah M16A3 yang menggunakan sistem tembakan utama yang ada pada M16 dan M16A1. Dan versi terakhir sekali ialah M16A4, yang menjadi raifal utama Marin Amerika semasa kempen memerangi Iraq, bagi menggantikan M16A2.
Raifal Tempur M16A1, M16A2, M4A1 dan M16A4 |
M16 digunakan sebagai percubaan utama pada tahun 1964 oleh Tentera Udara Amerika (USAF). Tentera darat Amerika mula menggunakan XM16E1 pada 1965 semasa kempen di Vietnam. Tentera Marin Amerika juga menggunakan sistem ini semasa kempen tersebut. XM16E1 adalah raifal utama yang kemudiannya dikenali sebagai M16A1 pada tahun 1967. Versi ini dijadikan raifal utama infantri oleh seluruh unit ketenteraan Amerika military mulai tahun 1967 hingga 1980an, apabila digantikan dengan M16A2.
XM16E1 ditukar kepada M16A1 |
M16A2 |
M16A3 adalah raifal versi semburan automatik penuh seperti M16A1, yang dibekalkan kepada tentera laut Amerika. M16A2, yang direka pada tahun 1980, menjadi pemangkin utama kepada penciptaan versi M16A4, yang di sokong dengan sistem flattop receiver direka untuk sistem M4, dan sistem landasan Picatinny. Kesemua versi senjata ini masih menggunakan udi tetap dan digunakan oleh National Guard di Amerika dan juga tentera udara Amerika.
M16A3 |
M16A4 |
Pada bulan November 1964, tentera infantri Amerika Serikat telah memesan sejumlah 85,000 laras AR-15 yang diubahsuai, dan dikenali sebagai XM16E1 untuk ujian penggunaan. Tentera udara Amerika turut memesan 19,000 laras yang tidak diubahsuai, dikenali sebagai M16. Dan setahun kemudiannya tentera udara telah menerima M16 pertama dengan secara rasmi.
Setelah itu pihak infantri Amerika mula dilengkapi dengan raifal XM16E1 (dikenali sebagai M16), tetapi ia dibekalkan tanpa peralatan membersih. Selain itu, infantri Amerika juga gagal mencipta produk terbaru peluru 5.56 mm yang sesuai mengikut spesifikasi, ditambah pula dengan perubahan komposisi yang digunakan. Amunisi 5.56 mm yang terbaru ini ternyata boleh mendatangkan kerosakan pada alat kerja senjata, dan belerang atau ubat bedil yang digunakan dalam peluru M16 juga “kotor” dan memburukkan keadaan, misalnya halangan dalam senjata.
Pada tahun 1966, XM16E1 telah dibekalkan kepada infantri Amerika ketika kempen di Vietnam, dan ini telah mendorong kepada banyak laporan-laporan berkenaan kerosakan dan halangan senjata M16. Berbanding M14 yang mempunyai laras dan kurung peluru yang disaluti dengan krom, M16/XM16E1 tidak dilapisi. Dengan laporan-laporan berkenaan anggota tentera yang terbunuh dan cedera serta kegagalan misi mereka di Vietnam disebabkan kerosakan senjata, satu siasatan khas telah dijalankan oleh Kongres, dan akhirnya mempersoalkan kemampuan senjata dan peluru 5.56 mm. Hasil siasatan yang diperolehi, M16 seringkali mengalami masalah halangan dalam senjata (stoppages) dan perlu diperbaiki. Masalah ini dapat dikesan bahawa senjata M16 tidak perlu dicuci seperti senjata M-14. Ini kerana, belerang yang digunakan sebagai ubat bedil peluru mengeluarkan asap yang banyak dan ia mampu menghasilkan karbon hitam yang boleh menjadikan senjata ini boleh mengalami hentian dalam senjata.
Atas siasatan khas itu, XM16E1 lalu diubahsuai menjadi M16A1, masalah halangan dalam senjata dapat diatasi dengan menukarkan belerang yang lebih bermutu dan latihan pengendalian senjata yang betul kepada pasukan bersenjata di medan tempur. Ruang atau kurung peluru (firing chamber) disadur dengan krom untuk mengurangkan kotoran. Selepas masalah-masalah ini diatasi dan pengendali yang mengendalikan M16 ini dengan betul, senjata ini berfungsi dengan baik sepertimana yang diharap-harapkan dan terus digunakan sehingga kini. Versi terbaru adalah jenis karbin M-4.
M16A2E3 |
Raifal M16A2E3 dengan menggunakan pejera teleskopik, bipod, landasan Picatinny dan pelenyap bunyi yang menjadikannya selaras senjata penembak tepat yang paling ringan berbanding raifal penembak hendap yang lain.
No comments:
Post a Comment